Friday 5 August 2011

Salam Romadhon

Assalamulaikum
Selamat menyambut bulan Romadhon tahun ini. semoga tahun ini leboh baik dari tahun2 lalu.... dengan penuh ketaqwaan dan keceriaan.

Sunday 26 June 2011

Teknik buat blog

Salam

Untuk bantuan kawan semua boleh melayari alamat dibawah bagi membantu kawan semua membuat blog...

1..Teknik buat blog

2. Buat blog


sekian semoga boleh membantu

Sunday 19 June 2011

ICT dalam pembelajaran

MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM P&P

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.

MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:

• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan
• meningkatkan motivasi murid
• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )
• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi
• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu
mahal untuk dikumpul
• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa
• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT

SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P

Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :

• Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau
sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum
• Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan P&P
• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai

Kefahaman konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod.

Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru - guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :

a) Tutorial
b) Aplikasi
c) Penerokaan ( Eksploratori )
d) Komunikasi

Ledakkan ICT

Assalamualaikum

Era ICT telah lama diterima sebagai tonggak pembangunan ekonomi alaf baru. Kedatangan alaf baru yang disertai dengan ledakkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah memberikan tekanan baru dan perubahan baru terhadap perlunya perubahan-perubahan radikal dalam dunia ICT ini yang tidak kurang juga kepada para pendidik terutama guru-guru yang mendidik pelajar sejak berusia 5 tahun lagi di pra sekolah.

Saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk membuat blog ini dan seterusnya dapat mengikuti perkembangan dunia ICT ini supaya membolehkan saya mengadaptasikannya dalam pengajaran dan pembelajan saya. 

Diharapkan prestasi saya dan anak anak murid akan terus ditingkatkan dengan penggunaan ICT ini.

Friday 17 June 2011

Pengenalan

Alhamdulillah
Berkat kesabaran saya telah berjaya membuat blog sendiri. Terima kasih kepada pensyarah En Hasnan Hassan kerana telah memberi bimbingan awal untuk saya menyediakan blog ini. Sekiranya ada apa-apa yang tidak betul atau ingin memberikan komen sila kemukakan pada saya melalui email nrahmsa@gmail.com